Wednesday, December 24, 2008

Aku tium pulok...




Rumah siapa ni? Moksu tium pulok...

Monday, December 1, 2008

Cuti sekolah & banjir

Baru-baru ni moksu telefon kat kampung, terkejut moksu mak kata dok kemas barang... moksu ingat mak nak gi Sabah ikut ayahda, rupa-rupanya air dah nak naik atas rumah.. moksu dok Johor ni jarang2 je hujan tu pun waktu petang, tak rasa pulak musim tengkujuh.

Berita pun moksu tak tengok, nak tengok macam mana, berita banjir ke pendidikan ke sikit je tu pun tengah2, yang banyak pasal politik... moksu tak minat sebab moksu ni cepat melenting kalu tak kena lagu...

Putera dan puteri moksu dok lama dah tanya "Bila kita nak balik kampung? sekolah dah cuti..." nak buat macam mana moksu kena bertugas kat sekolah... Insyaallah minggu ni habis turn bertugas boleh balik tu pun kalau tak tersekat dek banjir... doakanlah moksu dan famili dapat balik kampung dan dapat meraikan Hari Raya Aidiladha bersama-sama keluarga di kampung...

Wednesday, November 26, 2008

Ultraman



Dulu moksu sering dengar ayohnik dok cerita tentang anaknya sampai bermimpi "fire" siap dengan gayanya...(ikut gaya Power Rangers).. Sekarang ni putera moksu lak tiap-tiap malam mimpi, ultraman, raksasa...
Setiap kali pergi kedai kalau tak beli mainan ultraman takleh balik... ultraman Dyna la.., Tiga, Gaia, nexus, max, seven dan banyak lagi... VCD ultraman pun dah banyak... sampai naik boring tengok cerita tu je, bukan tu je adiknya yang berumur 2 setengah tahun pun dah boleh bagitau jalan cerita tu... lagu ultra seven tu pun boleh nyanyi...

Pantang tengok apa2 benda yang ada gambar ultraman, along nak beli la..., kalu tanya dia, "along ada duit tak nak beli?", dia jawab"mama bagi la..." atau " baba ada..." Moksu kadang2 tak nak belikan tapi kesian lak, sebab moksu tak dapat dulu mainan. Moksu ingat lagi moksu beli anak patung kitty yang besar sendiri masa moksu tahun akhir UIAM 2002 (masa gi BTN Ulu Tiram, singgah di Air Hitam), sekarang ni masih ada moksu bagi kat puteri moksu...














Monday, November 24, 2008

aku dapat lesen dah...


Akhirnya berjaya habiskan pengajianku dan dapat lesen besar mengajar... alhamdulillah... walaupun yang sebenarnya cita-citaku nak jadi 'librarian' keja ofis...

Setiap kali aku pergi ke ofis mana2 temapt pasti aku berangan duk atas kerusi pusing2 dengan meja sendiri, depannya ada komputer, fuh bestnya... sedap numo... tapi rezeki aku jadi guru, alhamdulillah itu yang terbaik untukku...

Longkang oh longkang





Suatu pagi ketika aku baru saja melabuhkan punggung di tempat duduk driver, puteraku berkata"alah.. nanti masuk longkang...", aku jawab,"mama tak lalu lorong tu lagi, ikut jalan besar ni takda longkang", puteraku menyambung lagi, "along nak duduk bawah la nanti jatuh" lalu duduk di tempat kaki penumpang.

Selepas membaca doa naik kenderaan, aku memulakan perjalanan, sepanjang perjalanan mulutnya tak berhenti2 berkata, "Mama!, jangan bawa laju2, bawa slow2 je..." Aku jeling ke arah jam meter di depanku, baru 60kmj, Sabar je la... dan setiap 2 saat ayat itu akan diluahkan...

Teringat aku pada pagi ketika nak menghantar anak2 ke nursery, aku membelok kereta memasuki lorong kecil yang hanya muat sebuah kereta... ketika kereta dah memasuki lorong aku tertekan pedal minyak padahal aku nak tekan brek.. pada ,masa yang sama aku tak sempat nak pusing balik stereng, alahai alamaknya terus masuk longkang... pecah tayar dan melayang RM230 hari itu...

Sejak hari itu aku rasa sikit fobia nak bawa kereta tapi kuatkan hati bawa gak slow2... sampai ke hari ini peristiwa masuk longkang sentiasa di mulut putera dan puteriku..."Mama masuk longkang, Baba pandai, tak masuk longkang..." sedihnya... itu la anak2 sekarang dah tau pandai dan tak pandai bawa kereta...










Thursday, November 13, 2008

Aecah famous la...

Terkejut moksu tengok gambar aecah terpapar di bill board kat oversea... walaupun belum pernah sampai kat sana tapi gambar dah sampai tak macam anak2 ayahnik. Biarla gambar je pun takpa... nanti aecah besar insyaallah dapat gi sana ye...

Moksu dulu tak dapat gi oversea tapi dapat belajar bersama-sama orang2 dari oversea... mungkin rezeki anak2 dapat belajar oversea nanti, insyaallah...







Gambar bonda tersayang ini untuk tatapan anakanda yang berada jauh di perantauan...
Bonda miss u all my sons... gambar ini dirakam pada hari tabiu kak nobihah di UTM Skudai (29 June 2008)

SUPERNOVA

Macam2 jenis telefon sekarang ni.. tak sempat nak beli dah keluar jenis baru tak terkejar la... teknologi begitu canggih.. teringat moksu masa moksu di bangku sekolah tengok cikgu2 bawa telefon dengan bangganya walaupun sebesar walkie talkie (sekarang walkie talkie pun dah kecik).. hatta seorang jurutera pakatan jaya pun bawa handphone beratnya omak ooii.. kalu letak dalam poket alamak rebes... tapi sekarang handphone macam-macam dengan nipisnya, ringannya dan keciknya... ada pelbagai nama nokia 6618, nokia n70, n80, n90, dan ada nokia supernova.... tapi cantik sungguh supernova ni dengan nipisnya, ringannya.. elegen gak la...kenan lak..


Gambar-gambar ni je yang moksu sempat curi ambik, takut tauke kedai marah ambik banyak2... hei amoi mau beli ke? kalau mau angkat aje la.. apa pasat ambik gambar?



pemandangan hadapan Nokia Supernova



elegen sungguh, boleh naik turun...



pandangan belakangnya...

Monday, November 3, 2008

Murid sekolah rendah sekarang...

Teringat aku zaman sekolah rendah dulu tak tau apa-apa pun tentang hiburan ni, apatah lagi menari, berjoget dan sebagainya.. maklumla.. dulu keluarga takda tv... sampai aku boleh beli sendiri tv baru ada tv kat rumah. Aku beli tv kecik je 14 inci dalam RM700- Rm800.. kalau sekarang ni dah dapat beli tv 21 inci...

Hari ni aku sungguh sedih.. tengok anak murid aku dok terkinja-kinja joget atas pentas mengikut rentak lagu zaman sekarang ni, sedang kawan-kawannya tersorak-sorak, cikgunya bangga... tapi aku, terasa berdosa, tanggungjawab begitu besar jatuh atas kepala aku sebagai seorang ustazah... isk..isk... yang aku mampu hanyalah lari keluar... sebok sendiri... hanya mampu menegur dalam hati... itulah selemah-lemah iman....

Aku tak mampu menegur sendirian... seperti mana kata woderpets.. apa yang penting..kerjasama... aku perlu kerjasama semua guru dan pihak...

Sunday, October 19, 2008

ala open house gitu...

Hari ni sungguh penat... aku buat open house kecik2 je.. panggil kawan2 rapat kat sekolah.. dalam 20 orang. aku masak special punya, masakan kelantan.. iaitu nasi kerabu dan laksam. ketua chef sapa lagi chef afza anak wan normah..

Aku ada panggil pembantu merangkap bibik he..he.. memperkenalkan nobihah anak moklong. aku ada juga cuba buat ketupat palas, tupat tawar tak manis... baru belajar kira ok la walau xda yang puji.. ketua chef aku ni cerewet banyak, kalau puji tu memang best la, memang berbaloi la kembang hidung kita..
Handsome boy... Muhammad Atiq Zikry
Pretty girl... Nur Aisyah Sofea


Pulut ara...

dah jadi ketupat...

kuah laksam...bestnya.. orang Johor pun kata sedap ni.. apapun yang penting ketua chef kata memang best giler...

ini nasi kerabu, terlalu biru sebab guna pewarna.. susah cari bunga nasi kerabu kat sini..

Ini pulak laksam.. ini buatan tangan ketua chef sendiri... no comment...
sambal kelapa nasi kerabu, memang best la... ketua chef kata memang best kira boleh lawan ibu ketua chef sendiri...
inilah hidangan yang sudah hampir habis...
ini ikan celup tepung dan daging bakar... jangan tium lak...

ayam bakar.....
satu set nasi kerabu yang sedang dimakan... harganya RM3.50
anak2 yang menghargai masakan mamanya... sampai aisyah 3x tambah... itu dah second round beb...

Thursday, October 16, 2008

Bilik j-QAF

Udah hampir 2 tahun jadi guru j-QAF ni... banyak cabarannya... tapi walaupun sekolahku kecil tapi j-QAF dapat bilik besar berbanding sekolah kawanku yang besar tapi bilik j-QAF kecil macam bilik stor..terima kasih kepada puan guru besar.

di sinilah murid-murid membaca al-Quran, belajar jawi, Bahasa Arab dan solat... berbekalkan modal yang kecik kami guru-guru j-QAF berusaha menghias bilik untuk keselesaan murid-murid.


pintu masuk bilik j-QAF... ahlan wa sahlan...



Sofa subsidi diletak khas untuk pemantau2 yang akan datang untuk pemantauan..



Inilah meja murid-murid ngaji...



BBM Bahasa Arab tentang anggota badan...

Monday, October 6, 2008

makan mee kari sedek

selepas menziarahi makam ayahnda, abe mat lebai menjemput kami semua berhari raya ke rumahnya di sedek. isterinya merangkap kakak ipar dan sepupuku sungguh pandai memasak sama seperti ibu mertuaku...

kami dihidangkan mee kari.. sebenarnya aku tak berehi sangat mee kari, aku suka mee sup tapi orang kata rezeki jangan ditolak.. makan je... alhamdulillah kenyang.

tengah rancak makan dan berbual anak beranak, datang abe sulong yang kejap ada, kejap xda macam biskut chipsmore..cheng..cheng.. abe omar dan anak perempuannya latipah dan ila.. tengok abe omar teringat lak arwah ayahnda yang tercinta...


Senyuman bonda tersayang di aidil fitri.....


MokLong & Pok long dengan pose romantik gituu...


Mok Nun dan Cikgu Shano sedang menikmati mee kari sedek...ermmm yummy yummyy
Tok tengok kiri kanae doh nih...


Anok beranok mok long bergambar bersama nenek...
turut menyepaa di situ, mentang2 lah rumah dia...


Gambar famili pokmuda - Set Ungu


tengah khusuk tengok Flashman...anak sapala niii...

Sunday, October 5, 2008

Eid ul Fitri 2008

Seperti biasalaa kannn...raya musti nak balik kampong termasuklah kita, Tahun ni beraya kat rumah kita, so sangat2 happylaa kannn...Rumah mentua pon bukannya jauh noo...5km jer lebih kurang...

Tahun ni ramai yg tak balik sebab semua di perbatasan negara...mcm soljarr laa pulak kan. Jadiknya jimat laa sikit duit raya sebab anak2 buah ramai yang tak balik...bukan kupiks, tapi dah tak ada rezeki deme nak wat mcm mana....

Sebagaimana gholibnya pepagi raya (sebenarnya tengah hari ceng ceng ) kita pegi menziarahi makam ayahnda dan sedara mara.

pokMUDA dengan sarbam besarnya mengetuai bacaan tahlil
di pusara ayahnda terchenta.Ala-ala imam besar gituu...


Antara putera2 MokLong&PokLong, hensem dan berjurus gituuu...
Anak dara Cik sah sedang menjirus air ke pusara Arwah Tok Cek.
Nampaknya ayoh cik sedang mengcontrol hensem....


Bonda terchenta bersama anak2, menantu dan cucu2nya.