Friday, July 16, 2010

Nasi Goreng cina??



Petang hari minggu, moksu minta ayahsu bawa anak2 pergi bersiar-siar la... dah lama tak keluar.. ayahsu asyik kerja je.. jadi maksu pun berasa kesian kat anak2...

Selepas penat berjalan-jalan kat taman bersama anak2 (biasa la kat JB ni tempat dia gak Danga Bay), berasa lak lapar, petang2 ni rasa malas pulak nak masak, jadi moksu cadangkan ayahsu gi makan kat kedai la, moksu belanja...

Bila sampai kat kedai.. ayahsu order la sirloin steak, chicken chop dan nasi goreng cina... kebetulan putera moksu kata dia lapar nak nasi, jadi moksu suruh dia makan nasi goreng cina. Bila moksu sebut nama nasi tu, dia pandang moksu dan berbisik.." mama boleh ke makan nasi goreng cina... kan cina ni..". jadi moksu nak ketawa...sambil berkata "takpa ni nama je.. bukan cina yang buat... boleh makan".
* gambar from flickr.com

Tuesday, July 13, 2010

Pengalaman...


Sabtu baru ni selesai Majlis Kokurikulum dan Akademik Bahasa Arab daerah Johor Bahru... sekolah moksu cuma masuk tiga penyertaan.. tak sempat la nak latih murid.. nak cari murid masuk pertandingan pun paksa je.. guru besar moksu tanya napa tak masuk banyak2...? cakap senang la, nak latih tu bukan senang, masa lagi, tenaga lagi... kamau ramai tenaga takpa... harap sorang je susah la.. tapi moksu cuma jawab, baru nak cuba masuk dan dedahkan mereka ...

Tapi alhamdulillah... walaupun tak menang tapi dapatlah budak2 tu mewakili sekolah dan dapat pengalaman kat sekolah orang... tapi bukan murid je.. moksu pun dapat pengalaman dan boleh la perbaiki kelemahan kita dan tengok kekuatan orang.. insyaallah tahun depan cuba lagi...