Wednesday, January 28, 2009

Cuti-cuti Malaysia...




Udah berat kepala moksu semenjak bukak sekolah, kerja tak habis2, masalah macam2 timbul kat sekolah... biasala... nama lagi manusia, masalah takkan habis... bila cuti je terus moksu gi bercuti merehatkan kepala otak. Seperti kata Pakcu; guru ni kalau cuti, rehatlah betul2 kepala, sebab kalau dah kerja tak sempat nak rest... Guru sekarang tak sama dengan guru zaman dulu, cabarannya menggunung...

Berbalik pada kisah cuti ni, moksu bawa anak2 bercuti ke PD, biasakan anak2 mandi kolam takda jadi "darat" sangat. Bila tengok gelagat anak2 ni baru kita tau macam mana perangai kita sendiri, yang moksu perasan putera moksu ni sebujik macam mama dia dengan penakutnya, pemalunya dan "jimatnya". Istilah "jimat" ni ayahsu kata kedekut.. Bila kat kolam tu, ayahsu ajak masuk kolam dia kata tak nak sebab malu masa tu memang ramai orang.. sedangkan masa kat bilik dia yang teruja nak mandi kolam. Lastnya ayahsu paksa dukung bawa masuk dalam kolam, tapi bila dah main tu tak nak naik lak...

Pergilah bercuti, cuti-cuti Malaysia...

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Sekolah





Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2009 bagi negeri yang cuti hari Ahad. Hari ini juga hari pertama bagi putera sulongku bersekolah, dan moksu telah daftarkan ke sekolah baru kerana sekolah dulu hanya untuk penjagaan sahaja. Putera moksu akan memasuki umur 5 tahun, jadi moksu bertanggungjawab untuk memberi pendidikan awal untuknya disamping membiasakannya dengan suasana sekolah. Putera dan puteri moksu ditempatkan di sekolah yang sama tapi kelas lain-lain (mengikut umur).
Pagi-pagi lagi moksu menghantar putera dan puteri moksu, biasalah putera moksu tak nangis tak sah....
Pada pukul 2.30 petang, semasa moksu nak mengambil mereka, "teacher" mereka memberitahu pagi tadi puteraku takda dalam kelas, mereka tertanya-tanya "where is Zikry, is he absent today?... but his sister is here...". Rupa-rupanya puteraku ada kat sebelah adiknya tengah makan biskut... "teacher"nya tanya mereka "close" ya? Moksu jawab la dah memang dua beradik tu je, main kat rumah sama, dok nursery dulu pun sama... dah biasa... "headmaster" dia ada cakap sambil ketawa puteraku ni hero... moksu tanya putera "Along buat apa kat sekolah, gaduh ye..?" Puteraku jawab dengan dahi yang berkerut menjadikan keningnya satu,"aa... abang tu dia marah along, along pun marah la jugak..."

Sunday, January 4, 2009

Kreatifnya anak-anak





Cuti sekolah baru-baru ni, Moksu balik kampung... seronok tengok anak-anak gembira bermain bersama-sama mereka. Moksu ada anjur satu majlis makan-makan bersama anak beranak kat rumah mak, sekadar buat nasi kerabu... yang ada cuma lima buah keluarga, yang lain tinggal jauh dari kampung... Tengah-tengah sibuk memasak, moksu tengok anak-anak yang diketuai oleh Fahmi dan Huda asyik bermain kat laman rumah menyiapkan "rumah" mereka yang beratapkan batang tebu (ditebang oleh Poklong) dan daun pisang, begitu kreatif mereka ni... Insyaallah besar nanti jadi jurutera, designer dan akitek yang berjaya....