Monday, October 19, 2009

Snow






Putera puteri moksu dok asyik tanya bila nak gi main 'snow'? Hai.. 'hilir' la pulak anak2 moksu ni, tau2 lak 'snow' la... Moksu pun tak pernah main dan tengok dengan mata sendiri, sekadar tengok dalam tv dan gambar ada la... budak2 zaman sekarang la katakan... macam2 'demand'nya. Moksu dok berangan simpan duit nak gi jalan2 kat Sabah... dah melepas la pulak, ayahda dah kena pindah KT...

Oleh sebab tak dapat nak pergi main 'snow' lagi, moksu beli je dulu sarung tangan kat mereka... tu je yang mampu buat dulu... tak cukup 'budget' beb!


Thursday, October 15, 2009

Jadi baby...






Putera dan puteri moksu dah tak sabar nak dapat 'baby' baru... sampai menyamar 'baby' lak... " "Mama.. along nak 'baby' ayman, lepas ni 'baby girl' lak..." kata putera moksu. Moksu tergelak.. "Amboi... mama yang ni pun dah tak larat dah... dok kena jumpa doktor pakar je...". Dah hampir 2 minggu moksu tak sihat ni... berulang ke klinik, hospital... entahlah dah makin berumur ni.. takleh penat agaknya masa tengah mengandung ni... Ni moksu kena sabar la tunggu 3 bulan lagi insyaallah...






Saturday, October 10, 2009

Insiden September 2009...






Cuti hari raya ramai yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin... boleh dikatakan tiap-tiap hari ada kenduri. Baru-baru ni masa moksu dok kat kampung, bonda moksu mengalami peristiwa yang mem'fobia'kan dia nak naik motosikal lagi... Rasa moksu pada hari raya yang ketiga, bonda membonceng motosikal cucunya, masa kat selekoh jalan, bonda menjerit kat cucunya... berhenti...berhenti! Jadi cucunya tu berhenti dan bertanya kenapa? Bonda memberitahu bahawa dia dah takleh bergerak, kain dah masuk dan tersekat kat tayar motorsikal.. Jiran-jiran yang melihat cuba menolong, tapi tak berjaya.. akhirnya mereka terpaksa memotong jubah bonda... Alhamdulillah bonda tak jatuh... Kain yang rosak takpa.... asalkan bonda selamat. Petangnya baru nenek memenuhi undangan majlis kenduri dengan berjalan kaki walaupun dipelawa oleh cucunya menaiki motorsikal.

* Bonda cakap jubah tu menantu dia yang bagi... ( nanti menantu bonda ganti baru la...)






Sunday, October 4, 2009

Suasana Aidilfitri 2009

Hari raya tahun ni tak lah meriah sangat sebab tak ramai adik beradik yang balik beraya kat kampung... keluarga yang berada di luar kelantan yang balik hanya keluarga moksu. Yang lain tak dapat balik raya bersama atas sebab masing-masing la...

Hari raya pertama penat betul rasanya, 'tangki' pun penuh apa taknya... mak buat laksam, mertua moksu buat nasi impit dan rendang, kak nun masak nasi hujan panas, ciksah lak masak nasi dagang... fuh kenyang rasanya...

Di sini moksu 'attach' kan gambar-gambar kenangan dan tatapan buat yang tak balik raya hari tu...



Ni la gambar anak-anak buah yang ada kat rumah nenek... (anak moksu dan ciksah).

Puteri moksu sedang makan laksam.. hmm... sodapnya...









Gelagat-gelagat anak-anak di hari raya...
Bonda yang sedang memerhati gelagat cucu-cucunya...
Putera moksu yang ala ala Tunku Abdul Rahman yang sedang melaungkan takbir..Allahuakbar!.


Bonda dan cucu-cucunya sedang sibuk membersihkan kubur ayahanda...

Ustazah j-QAF sedang membaca yasin dan doa di kubur ayahanda.... (yang bawah tu ustazah 'junior' sedang ber'posing' la...)



Bonda main ciku cak lak ke....

Ini aje gambar-gambar yang sempat diambil... terlalu asyik beraya lupa lak ambik gambar masa beraya rumah baru ciksah...