Saturday, October 10, 2009

Insiden September 2009...






Cuti hari raya ramai yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin... boleh dikatakan tiap-tiap hari ada kenduri. Baru-baru ni masa moksu dok kat kampung, bonda moksu mengalami peristiwa yang mem'fobia'kan dia nak naik motosikal lagi... Rasa moksu pada hari raya yang ketiga, bonda membonceng motosikal cucunya, masa kat selekoh jalan, bonda menjerit kat cucunya... berhenti...berhenti! Jadi cucunya tu berhenti dan bertanya kenapa? Bonda memberitahu bahawa dia dah takleh bergerak, kain dah masuk dan tersekat kat tayar motorsikal.. Jiran-jiran yang melihat cuba menolong, tapi tak berjaya.. akhirnya mereka terpaksa memotong jubah bonda... Alhamdulillah bonda tak jatuh... Kain yang rosak takpa.... asalkan bonda selamat. Petangnya baru nenek memenuhi undangan majlis kenduri dengan berjalan kaki walaupun dipelawa oleh cucunya menaiki motorsikal.

* Bonda cakap jubah tu menantu dia yang bagi... ( nanti menantu bonda ganti baru la...)






4 comments:

pokmudo said...

Teringat pada mak yang sekarang di rumah Mak Cu...

Cikli said...

nasib baik. mu kena sponsor kancil sebutir di rumah.:)

Ayah Nik said...

citer pasal kancil.. hok mung sponsor beras mu tu ape cito?

MokSU said...

Nanti aku kaya boleh la... jadi lecturer ke... sekadar cikgu jqaf wak bayar hutang je la...