Friday, May 29, 2009

Ultraman vs Raksasa






Punya la minat yang amat sangat putera moksu tu kat ultraman tangan dan mulut asyik gerak je... tak kira sapa jadi mangsa dia (dianggapnya raksasa), habis2 takda, "bear" adiknya jadi mangsa. Kesian "bear adiknya dah jadi lembik...
Hari ni "teacher Min" bagi buku rekod dengan komen... "He is a bit of a dreamer in class..." Hai kuat berangan anak moksu ni, (teringat lak moksu zaman kecik dulu, lebih kurang la kot..hee..)

Friday, May 22, 2009

Happy Teacher's Day




Ada murid malu-malu,
Ada murid macam hantu,
Sakit kepala tergaru-garu,
Apalagi nak buat kat anak muridku?

Bila nak exam lagi la haru,
Bebudak kata don't worry cikgu,
Muka konfiden kononnya tahu,
Tanda peksa apasal takda yang biru?

Sabar je la cikgu...

SELAMAT HARI GURU


(Ehsan dari Kawan Moksu)

Monday, May 18, 2009

Jogging...



Semenjak 2 menjak ni moksu rasa tubuh makin berat lak.. kain dah makin ketat.. banyak baju moksu yang tak selesa nak pakai... rasa macam ketat lak... ish..ish.. tak boleh jadi ni...

Ayahsu lak balik rumah dengan membanggakan diri mengisytiharkan berat badannya dah turun sampai berat ideal... punya moksu bengang... memang la dia senang bergerak bila-bila masa rasa nak jogging pergi je... macam moksu ni ada pengiring dua orang kiri kanan, nak bergerak je.. kena fikir 2 orang ni.. bila rasa nak gi jogging ada lak anak yang demam, tak jadi jogging, gitu rutinnya.

Kebetulan hari Jumaat cuti hari pekerja, maka moksu pun bercadang nak jogging bawa semua sekali pengiring. tak sampai se'round' sikecil moksu dah penat kenalah dokong lak sambil berjogging... itulah menjadi seorang ibu bukan sesenang mata memandang.... Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku... Terima kasih mok! love u...



Selamat Hari Ibu...






Sedar tak sedar udah besar anak teruna Moksu... Bila dah gitu maka sedarlah moksu pun dah makin meningkat umur...(biarpun awek muda). Minggu lepas anak teruna moksu bawa balik kad ucapan yang dibuat sendiri dan menyerahkan kepada moksu... "ini mama kad yang along buat, cantik tak?", Moksu pun 'excited' campur terharu lalu bertanya "Along bagi mama ni?" Anak teruna moksu mengiyakannya... Bila dah tengok kad tu, baru terfikir "mmm... dah besar anak moksu sampai dah boleh buat dan bagi kad kepaada ibu sendiri.

Wednesday, May 13, 2009

Selepas Hilang 100 kalori



Kak Nur keletihan selepas hilang 100 kalori....
(pst..pst.. exercise naik basikal Moksu...)