Monday, June 15, 2009

Dah Kahwin ke belum?






Cuti sekolah baru-baru ni, moksu dan anak-anak berada di kampung rumah ibu moksu. Sementara ada anak-anak buah moksu, moksu upahlah mereka basuh kereta. Sambil dok berbual-bual tu, putera moksu tanya neneknya, "Nenek, nenek dah kahwin ke belum?". Nenek tersipu-sipu ketawa sambil bertanya "napa? along nak 'kiro' ko nenek ke?". Putera moksu tak paham soalan neneknya dan terus berkata "mama along dah kahwin dengan baba". Nenek pun terus menerangkan secara 'detail', "Nenek taknak kahwin, biarlah nenek dok sorang-sorang senang nenek nak pergi masjid, buat amal ibadat....bla...bla....".

Sate ikan...


Dua minggu moksu dan keluarga balik kampung sempena cuti sekolah. mmpp... best dan seronoknya... satu petang, tengah dok tengok Tv, putera dan puteri moksu buka pintu rumah dan tertengok basikal roda tiga yang menjaja sate ikan, dengan pantasnya putera moksu menjerit "Yahoo... ada makanan la... along nak!" Sebenarnya dah lama moksu tak makan sate ikan ni, semenjak dok negeri orang nila... Rupa-rupanya dah makin "advanced" bukan saja sate ikan, ada macam-macam jenis, sate telur pun ada... sate ni takda kat negeri lain, yang moksu tau di negeri tempat moksu je...