Tuesday, February 24, 2009

Tak takut


Petang selepas balik sekolah, putera sulongku bercerita dengan penuh perasaan dan gayanya...

Putera: "Mama, tadi kat kelas along ada tikus mati, dah tak gerak.. Teacher Min lari takut, kawan-kawan perempuan semua menjerit, along tak takut mama...".

Mama: "Ya ke along tak takut?"

Putera: " Tak, along tak takut... along buat macam ni je... (sambil mengangkat kakinya seperti Ronaldo menyepak bola, disusuli dengan memekan mukanya yang kelakar serta jelingan matanya yang mengingatkan aku pada arwah ayahku ketika bercerita tentang ke"hero"annya berlawan dengan ular semasa pergi menoreh dulu...).

Sunday, February 15, 2009

Aiskrim...

Sedar tak sedar, anak-anak moksu dah makin besar dan cerdik... minggu lepas moksu dengar bunyi motor aiskrim datang dengan bunyi hon aiskrimnya, putera moksu memanggil "uncle datang lain kali ye, saya takda duit hari ni", nak ketawa moksu mendengarnya.

Hari ni tengah moksu dok baring-baring maklumlah demam, putera moksu datang dan meminta duit nak beli aiskrim, moksu tanya "nak beli kat mana?", nak beli dengan uncle katanya.. moksu bangun, moksu lihat motor aiskrim tu berhenti betul2 depan pagar rumah, rupa2nya dia dah panggil uncle aiskrim tu, yang babanya sengih aje sambil membelai kameranya... Aiskrim macam ni pun dah seringgit harganya, kalau dulu dua posen je... zaman dah berubah, teknologi dah canggih...