Tuesday, July 13, 2010

Pengalaman...


Sabtu baru ni selesai Majlis Kokurikulum dan Akademik Bahasa Arab daerah Johor Bahru... sekolah moksu cuma masuk tiga penyertaan.. tak sempat la nak latih murid.. nak cari murid masuk pertandingan pun paksa je.. guru besar moksu tanya napa tak masuk banyak2...? cakap senang la, nak latih tu bukan senang, masa lagi, tenaga lagi... kamau ramai tenaga takpa... harap sorang je susah la.. tapi moksu cuma jawab, baru nak cuba masuk dan dedahkan mereka ...

Tapi alhamdulillah... walaupun tak menang tapi dapatlah budak2 tu mewakili sekolah dan dapat pengalaman kat sekolah orang... tapi bukan murid je.. moksu pun dapat pengalaman dan boleh la perbaiki kelemahan kita dan tengok kekuatan orang.. insyaallah tahun depan cuba lagi...

Monday, June 21, 2010

macam kembar...


Macam kembar lak dua anak kecik ni...
Hubungan mereka berdua ni sepupu...
Semangat lak irfan ni... macam ciksah le...

Monday, June 7, 2010

Chef Fotografi

Sup Ayam


Hasil Ayahsu... (gambar maksu ambik sendiri.. bukan profesional yang ambik)
Sotong dan udang bersos salsa.

Putera moksu sedang menjamu selera...


Sos Salsa terlebih kuah lak...

Semalam cuti hari minggu, Ayahsu sibuk di dapur jadi chef... habis bersepah-sepah kat dapur. Bila dah siap, tak sabar-sabar rasanya nak makan memang dah lapar bebenor... almaklum la orang lelaki masak lambat betul... Ayahsu dok sibuk menghias makannanya untuk sesi fotografi... tu la minat ayahsu sampai berabis duit untuk beli kamera dan aksesori serta buku-buku fotografi.

"Bergebas" hidung ayahsu bila anak-anak kata"sedaplah baba masak... nanti baba masak lagi ye!" sampai sup yang maksu masak tak pandang pun... Puteri moksu pun tengah-tengah ayahsu duk sibuk mengambil gambar minta tambah "I want some more, baba!". Tapi memang sedap pun, cuma terlebih masam sikit... komen sebagai juri tetap.

Tuesday, May 25, 2010

Tanggungjawab...


Tiga beradik berposing...


Angah dok mendodoi adik afif...


Dok tiru aksi ultraman cosmos tu...


Dah tanggungjawab sebagai kakak tolong mama jaga adik...
Alhamdulillah... syukur mama tengok angah dan along ringan tulang tolong jagakan adik.
Anak-anak perlu diajar tentang tanggungjawab supaya tahu dan menjalankan tanggungjawab mereka nanti...
tanggungjawab anak terhadap ibu bapa...
tanggungjawab murid terhadap guru... dan
tanggungjawab sebagai hamba Allah Taala.

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


Guru-guru SMUAR tahun 1994


Guru-guru SMUAR tahun 1995


Selamat Hari Guru ku ucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar, mendidik dan menunjuk ajar... juga mendenda...
Terima kasih buat semua guru-guruku yang telah mendidik dan mengajar dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Jasa dan pengorbananmu tidak ternilai dan tidak dapat dibalas... tanpamu, siapalah aku...
Selamat hari Guru juga kepada rakan-rakan yang menjadi guru...
Juga Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia...

Pergi ke sekolah naik BMW,
Pakai baju warna biru,
Ku ucapkan Selamat Hari Guru,
Semoga ceria-ceria selalu.

Ultraman Cosmos minum susu,
Raksasa pula makan tauhu,
Ingatlah jasa-jasa guru,
Mendidik kita sehingga tahu.

Terima Kasih Guru...
Syukran jazilan...
Thank you...
May Allah bless u all... fi ddunnya wal aakhirah...

Thursday, April 8, 2010

Terlalu sibuk....

Assalamualaikum... pembuka bicara, lama sungguh tak bersua, hari ini moksu baru mula...

Sungguh lama moksu mendiamkan diri la... al-maklum la.. sibuk sangat... tak sempat nak bukak blog... (sampai lupa password da...)!
Gambar kenangan moksu semasa cuti panjang, dok kat kampung...
Pakmuda sedang cukur rambut putera bongsu moksu...



Rutin kakngah menunggu Pakmuda untuk ke sekolah


Sambut birthday Kak Huda... semuanya air tangan mak muda...
Mak nun yang memang cemerlang menjaga anak-anak kecil...

Afif semasa umur sebulan...

Monday, January 4, 2010

Anak Akhir Tahun 2009









Ramai orang dok berebut nak melahirkan anak-anak mereka pada 1hb Januari 2010... sampaikan kat hospital tu ada yang sanggup pergi walaupun tanda-tanda sakit belum ada... Moksu tak kisah la tak jadi anak awal tahun pun yang penting selamat semuanya... apatah lagi buat pertama kali Moksu menghadapi komplikasi yang begitu lama lebih 7 jam dalam 'Lab room' bersama suami yang setia menemani di sisi. Bermacam-macam 'offer' jururawat kat situ untuk moksu tapi moksu tolak, moksu nak bersalin secara natural, biarlah sakit pun, biarlah secara natural... taknak paksa-paksa... masuk ubat ke apa-apa ke.. moksu tak nak! (memang la takut ubat pun..). Malam tu enam orang yang bersalin, moksu yang last melahirkan anak... Dr Laila, doktor pakar moksu begitu pakar menguruskan moksu... terima kasih bebanyak doktor, kalau doktor lain dah memang kena 'operate' dah... terlalu lama dan rupa-rupanya tali pusat tersangkut kat lengan bayi moksu... Dan akhirnya tepat jam 4.14 pagi bersamaan 31 Disember 2009 lahirlah putera kedua Moksu merangkap anak ketiga dalam keluarga Moksu... Alhamdulillah...