Monday, January 4, 2010

Anak Akhir Tahun 2009









Ramai orang dok berebut nak melahirkan anak-anak mereka pada 1hb Januari 2010... sampaikan kat hospital tu ada yang sanggup pergi walaupun tanda-tanda sakit belum ada... Moksu tak kisah la tak jadi anak awal tahun pun yang penting selamat semuanya... apatah lagi buat pertama kali Moksu menghadapi komplikasi yang begitu lama lebih 7 jam dalam 'Lab room' bersama suami yang setia menemani di sisi. Bermacam-macam 'offer' jururawat kat situ untuk moksu tapi moksu tolak, moksu nak bersalin secara natural, biarlah sakit pun, biarlah secara natural... taknak paksa-paksa... masuk ubat ke apa-apa ke.. moksu tak nak! (memang la takut ubat pun..). Malam tu enam orang yang bersalin, moksu yang last melahirkan anak... Dr Laila, doktor pakar moksu begitu pakar menguruskan moksu... terima kasih bebanyak doktor, kalau doktor lain dah memang kena 'operate' dah... terlalu lama dan rupa-rupanya tali pusat tersangkut kat lengan bayi moksu... Dan akhirnya tepat jam 4.14 pagi bersamaan 31 Disember 2009 lahirlah putera kedua Moksu merangkap anak ketiga dalam keluarga Moksu... Alhamdulillah...

4 comments:

Cikli said...

tahniah.

semoga semua soleh.

ctkini said...

tahniah.bestnya dah 2org putera...berapa berat baby?

hepi,hepi,hepiiii sngt.tapi sedih,dah 5org ank buah hak xleh tgk lg...huhu

pokmudo said...

Afif Zafry ada akak yg prihatin, c yap mandi agi...

MokSU said...

berat 3.085kg... lebih besar daripada abang dan kakaknya.
Biasa la, ngandung yang ini moksu berselera sangat...