Hari ni Moksu dan keluarga pergi KL.. ada urusan sikit kat Putrajaya, punya bangunan canggih2 tapi parking hampeh... sampai tawaf 10 kali cari parking tak dapat, lastnya pakai letak je tepi2 jalan. Muncung 3 inci drebar Moksu...
Selesai kat Putrajaya, pergi lak ke Damansara Heigths untuk bersemuka pasal PTPTN.. Moksu punya dah bayar habis tahun 2009 lagi, tapi dapat surat suruh bayar lagi seribu lebih.. apasal??? punya dari pukul 12.30 tgh dok cari jalan ke wisma Chase Perdana, siap pakai maps lagi, tapi tak jumpa2. Sampai naik angin lak drebar Moksu... (kecut perut2 Moksu.) Dok penat2 pusing KL, Drebar moksu cari teksi suruh tolong tunjukkan jalan nanti kami ikut belakang... susah gak cari yang mau tunjuk, akhirnya kul 3.40 dapat teksi... akhirnya sampai gak kat wisma tu kul 3.50 ptg..
Thursday, April 26, 2012
Monday, May 9, 2011
I love u mummy...
Hari ini angah balik terus bagi kad ko maksu.. sambil berkata, I love u mummy.. happy mother's day. ooh.. maksu tengok kad dan ucapkan terima kasih pada angah.. angah sambung lagi, "mama gula-gula tu, kalau mama taknak bagi anak-anak je...". maksu pun kata, takpa mama taknak gula-gula ni.. ambik la ko angah.. (pandai betul, psikology angah ye..)
P/S Selamat Hari Ibu, mok... I Love U... & miss u...
Tuesday, March 29, 2011
facebook punya pasal...
Assalamualaikum... Udah lama moksu tak update blog... sejak pandai ber'facebook' ni... bukan apa takdan... Nantikan moksu punya cerita lak pahni ye... Garam dok banyak dah buat cerpen...
Tuesday, November 16, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Esok umat Islam akan menyambut hari raya korban... sedihnya moksu dok di perantauan ni.. tak dapat balik raya bersama ibunda dan keluarga kat kampung... maklumlah negeri orang ni tak sama dengan negeri sendiri... tak dapat cuti, tak macam kat kampung dapat cuti raya 2 hari terus sambung hujung minggu... bestnya... takpalah sabar je...
apapun moksu nak bagi pantun...
LEMBU RESAH MENUNGGU GILIRAN,
KAMBING DI KANDANG TAK LALU MAKAN,
KU HULUR SALAM TANDA INGATAN,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KU UCAPKAN...
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN....
#makan daging tu jangan lupa moksu di sini...
apapun moksu nak bagi pantun...
LEMBU RESAH MENUNGGU GILIRAN,
KAMBING DI KANDANG TAK LALU MAKAN,
KU HULUR SALAM TANDA INGATAN,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KU UCAPKAN...
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN....
#makan daging tu jangan lupa moksu di sini...
Tuesday, November 9, 2010
Sunday, October 31, 2010
Macam-macam boleh buat ...
Zaman sekarang ni macam-macam boleh buat... sebab tu sebarang gambar tak "valid" untuk dijadikan bukti... dengan sedikit kepandaian je... gambar boleh di"edit" dan macam-macam lagi... so berhati-hati jangan dedahkan atau benarkan sapa-sapa ambik gambar kita terutamanya yang mengaibkan...
#Tapi... kalau buat yang baik takpa la... ni boleh gak tengok gambar kak ngah jadi "bride" he.. he.. sebab nanti nak kahwin memang tak pakai macam ni...
Wednesday, August 18, 2010
Anak-anak membesar...
Friday, August 13, 2010
Salam Ramadhan...
Assalamualaikum...
Ahlan Wasahlan syahru Ramadhan...
Kedatanganmu dinanti...
Ketiadaanmu dirindui...
Pemergianmu ditangisi...
Selamat menjalani ibadah puasa.
رمضان كريم
Ahlan Wasahlan syahru Ramadhan...
Kedatanganmu dinanti...
Ketiadaanmu dirindui...
Pemergianmu ditangisi...
Selamat menjalani ibadah puasa.
رمضان كريم
Tuesday, August 10, 2010
Cepatnya masa...

Cepat masa berlalu... anak pun dah makin besar... moksu pun tersedar "hai.. dah makin berumur la ye...". Tapi syukur alhamdulillah... Allah bagi zuriat ramai gak... Moksu rasa insaf kejap.. semalam moksu gi menziarah rakan kerja yang suaminya meninggal dunia... takda zuriat... Alhamdulillah walau tak kaya seperti deme... tapi kita kaya anak pun takpa...
Cakap pasal anak ni... moksu masih rasa betapa takut, fobia... bermula ceritanya, moksu bawa anak2 gi jalan kat Angsana... sambil nak tengok kain tudung... entahla begitu pantas puteri moksu ni hilang depan mata... dalam setengah jam gak cari merata-rata, tapi tak jumpa... akhirnya jumpa masa nak gi report kat security guard kat situ... Alhamdulillah... dan moksu berterima kasih pada oarng yang bawa anak moksu ke tempat yang betul tu... bermacam-macam nazar moksu supaya bertemu kembali puteri moksu tu... alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
Friday, July 16, 2010
Nasi Goreng cina??

Petang hari minggu, moksu minta ayahsu bawa anak2 pergi bersiar-siar la... dah lama tak keluar.. ayahsu asyik kerja je.. jadi maksu pun berasa kesian kat anak2...
Selepas penat berjalan-jalan kat taman bersama anak2 (biasa la kat JB ni tempat dia gak Danga Bay), berasa lak lapar, petang2 ni rasa malas pulak nak masak, jadi moksu cadangkan ayahsu gi makan kat kedai la, moksu belanja...
Bila sampai kat kedai.. ayahsu order la sirloin steak, chicken chop dan nasi goreng cina... kebetulan putera moksu kata dia lapar nak nasi, jadi moksu suruh dia makan nasi goreng cina. Bila moksu sebut nama nasi tu, dia pandang moksu dan berbisik.." mama boleh ke makan nasi goreng cina... kan cina ni..". jadi moksu nak ketawa...sambil berkata "takpa ni nama je.. bukan cina yang buat... boleh makan".
* gambar from flickr.com
Tuesday, July 13, 2010
Pengalaman...

Sabtu baru ni selesai Majlis Kokurikulum dan Akademik Bahasa Arab daerah Johor Bahru... sekolah moksu cuma masuk tiga penyertaan.. tak sempat la nak latih murid.. nak cari murid masuk pertandingan pun paksa je.. guru besar moksu tanya napa tak masuk banyak2...? cakap senang la, nak latih tu bukan senang, masa lagi, tenaga lagi... kamau ramai tenaga takpa... harap sorang je susah la.. tapi moksu cuma jawab, baru nak cuba masuk dan dedahkan mereka ...
Tapi alhamdulillah... walaupun tak menang tapi dapatlah budak2 tu mewakili sekolah dan dapat pengalaman kat sekolah orang... tapi bukan murid je.. moksu pun dapat pengalaman dan boleh la perbaiki kelemahan kita dan tengok kekuatan orang.. insyaallah tahun depan cuba lagi...
Monday, June 21, 2010
macam kembar...
Monday, June 7, 2010
Chef Fotografi
Sup Ayam

Hasil Ayahsu... (gambar maksu ambik sendiri.. bukan profesional yang ambik)
Sotong dan udang bersos salsa.

Putera moksu sedang menjamu selera...

Sos Salsa terlebih kuah lak...
Semalam cuti hari minggu, Ayahsu sibuk di dapur jadi chef... habis bersepah-sepah kat dapur. Bila dah siap, tak sabar-sabar rasanya nak makan memang dah lapar bebenor... almaklum la orang lelaki masak lambat betul... Ayahsu dok sibuk menghias makannanya untuk sesi fotografi... tu la minat ayahsu sampai berabis duit untuk beli kamera dan aksesori serta buku-buku fotografi.
"Bergebas" hidung ayahsu bila anak-anak kata"sedaplah baba masak... nanti baba masak lagi ye!" sampai sup yang maksu masak tak pandang pun... Puteri moksu pun tengah-tengah ayahsu duk sibuk mengambil gambar minta tambah "I want some more, baba!". Tapi memang sedap pun, cuma terlebih masam sikit... komen sebagai juri tetap.
Tuesday, May 25, 2010
Tanggungjawab...

Tiga beradik berposing...

Angah dok mendodoi adik afif...

Dok tiru aksi ultraman cosmos tu...
Dah tanggungjawab sebagai kakak tolong mama jaga adik...
Alhamdulillah... syukur mama tengok angah dan along ringan tulang tolong jagakan adik.
Anak-anak perlu diajar tentang tanggungjawab supaya tahu dan menjalankan tanggungjawab mereka nanti...
tanggungjawab anak terhadap ibu bapa...
tanggungjawab murid terhadap guru... dan
tanggungjawab sebagai hamba Allah Taala.
Saturday, May 15, 2010
SELAMAT HARI GURU 2010

Guru-guru SMUAR tahun 1994

Guru-guru SMUAR tahun 1995
Selamat Hari Guru ku ucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar, mendidik dan menunjuk ajar... juga mendenda...
Terima kasih buat semua guru-guruku yang telah mendidik dan mengajar dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Jasa dan pengorbananmu tidak ternilai dan tidak dapat dibalas... tanpamu, siapalah aku...
Selamat hari Guru juga kepada rakan-rakan yang menjadi guru...
Juga Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia...
Pergi ke sekolah naik BMW,
Pakai baju warna biru,
Ku ucapkan Selamat Hari Guru,
Semoga ceria-ceria selalu.
Ultraman Cosmos minum susu,
Raksasa pula makan tauhu,
Ingatlah jasa-jasa guru,
Mendidik kita sehingga tahu.
Terima Kasih Guru...
Syukran jazilan...
Thank you...
May Allah bless u all... fi ddunnya wal aakhirah...
Thursday, April 8, 2010
Terlalu sibuk....
Assalamualaikum... pembuka bicara, lama sungguh tak bersua, hari ini moksu baru mula...
Sungguh lama moksu mendiamkan diri la... al-maklum la.. sibuk sangat... tak sempat nak bukak blog... (sampai lupa password da...)!
Gambar kenangan moksu semasa cuti panjang, dok kat kampung...
Pakmuda sedang cukur rambut putera bongsu moksu...
Sambut birthday Kak Huda... semuanya air tangan mak muda...
Mak nun yang memang cemerlang menjaga anak-anak kecil...
Afif semasa umur sebulan...
Monday, January 4, 2010
Anak Akhir Tahun 2009







Salam tahun baru... 2010
Pada 30 Disember 2009, seperti biasa Moksu pergi jumpa doktor sebagai pemeriksaan biasa kehamilan, apabila doktor periksa, doktor menyarankan Moksu kembali semula pada jam 6.00 petang kerana bukaan 'jalan' dah 2cm...
Pada 30 Disember 2009, seperti biasa Moksu pergi jumpa doktor sebagai pemeriksaan biasa kehamilan, apabila doktor periksa, doktor menyarankan Moksu kembali semula pada jam 6.00 petang kerana bukaan 'jalan' dah 2cm...
Ramai orang dok berebut nak melahirkan anak-anak mereka pada 1hb Januari 2010... sampaikan kat hospital tu ada yang sanggup pergi walaupun tanda-tanda sakit belum ada... Moksu tak kisah la tak jadi anak awal tahun pun yang penting selamat semuanya... apatah lagi buat pertama kali Moksu menghadapi komplikasi yang begitu lama lebih 7 jam dalam 'Lab room' bersama suami yang setia menemani di sisi. Bermacam-macam 'offer' jururawat kat situ untuk moksu tapi moksu tolak, moksu nak bersalin secara natural, biarlah sakit pun, biarlah secara natural... taknak paksa-paksa... masuk ubat ke apa-apa ke.. moksu tak nak! (memang la takut ubat pun..). Malam tu enam orang yang bersalin, moksu yang last melahirkan anak... Dr Laila, doktor pakar moksu begitu pakar menguruskan moksu... terima kasih bebanyak doktor, kalau doktor lain dah memang kena 'operate' dah... terlalu lama dan rupa-rupanya tali pusat tersangkut kat lengan bayi moksu... Dan akhirnya tepat jam 4.14 pagi bersamaan 31 Disember 2009 lahirlah putera kedua Moksu merangkap anak ketiga dalam keluarga Moksu... Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah, kerana menyelamatkan hambaMu dan bayi ini dan mengurniakan hambaMu seorang bayi yang sihat.
Sunday, December 20, 2009
Monday, November 23, 2009
Graduation Day
Para ibubapa yang datang ke majlis konvokesyen yang telah diadakan di Ballroom Zon Hotel, JB.
Sapa yang paling kecik tu...?
Lagak anak-anak kecik di atas pentas...
Dengan raut wajah yang malu... kontrol hensem lak...
Murid-murid yang akan di'graduate' kan membaca doa pembukaan majlis.
Kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun membuat persembahan lagu.. "Everybody clap your hand like this...".
Putera moksu membuat persembahan bersama kawan-kawannya dengan lagu "Heal the World".
Putera Moksu bersama kawan-kawannya berumur 5 tahun membuat persembahan mereka...
(putera moksu yang paling kecik...)
Suasana majlis konvokesyen sekolah tadika Sri Kamariah, Johor Bahru telah diadakan pada 13 November 2009 baru-baru ini. Putera dan puteri moksu terlibat dalam persembahan... tak 'graduate' lagi tahun ni. Insyaallah tahun depan putera moksu lak...
Subscribe to:
Posts (Atom)














