:: K e l i k P A H k e l i k P A H ::
Monday, January 4, 2010
Anak Akhir Tahun 2009
S
alam tahun baru... 2010
Pada 30 Disember 2009, seperti biasa Moksu pergi jumpa doktor sebagai pemeriksaan biasa kehamilan, apabila doktor periksa, doktor menyarankan Moksu kembali semula pada jam 6.00 petang kerana bukaan 'jalan' dah 2cm...
Ramai orang dok berebut nak melahirkan anak-anak mereka pada 1hb Januari 2010... sampaikan kat hospital tu ada yang sanggup pergi walaupun tanda-tanda sakit belum ada... Moksu tak kisah la tak jadi anak awal tahun pun yang penting selamat semuanya... apatah lagi buat pertama kali Moksu menghadapi komplikasi yang begitu lama lebih 7 jam dalam 'Lab room' bersama suami yang setia menemani di sisi. Bermacam-macam 'offer' jururawat kat situ untuk moksu tapi moksu tolak, moksu nak bersalin secara natural, biarlah sakit pun, biarlah secara natural... taknak paksa-paksa... masuk ubat ke apa-apa ke.. moksu tak nak! (memang la takut ubat pun..). Malam tu enam orang yang bersalin, moksu yang last melahirkan anak... Dr Laila, doktor pakar moksu begitu pakar menguruskan moksu... terima kasih bebanyak doktor, kalau doktor lain dah memang kena 'operate' dah... terlalu lama dan rupa-rupanya tali pusat tersangkut kat lengan bayi moksu... Dan akhirnya tepat jam 4.14 pagi bersamaan 31 Disember 2009 lahirlah putera kedua Moksu merangkap anak ketiga dalam keluarga Moksu... Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah, kerana menyelamatkan hambaMu dan bayi ini dan mengurniakan hambaMu seorang bayi yang sihat.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)