Seperti biasa Moksu selepas balik dari sekolah, Moksu periksa beg-beg sekolah anak-anak dulu... bukan apa kot-kot ada kerja sekolah yang kena buat. Kalau lambat periksa nanti anak dah tidur susahlah..
Hari tu Moksu periksa beg puteri ada jumpa kertas yang sudah ditanda oleh 'teacher' dan kerjanya tu dapat 'good' ( A ). Moksu pun bagilah pujian sikit sebagai dorongan. Apa lagi si abang ni pun tengok la hasil kerja si adik... "eh Aisyah! kenapa conteng ni?" tanya si abang. Si adik pun jawab "takdalah... aisyah tak conteng!. Si abang tak puas hati lalu dengan nada lembut bertanya lagi "teacher Aisyah suruh Aisyah conteng ya...?" Si adik dengan nada marah menjawab " Tak lah.. Aisyah tak conteng, Aisyah 'colour' cantik-cantik..!" Moksu nak tergelak dan terus men'gendurkan' suasana dan memberitahu kepada si abang "Ya la tu along, dah cantik tu adik kan baru umur 3 tahun.....". Si abang terdiam dan tersenyum... mungkin dah faham la kot.
2 comments:
aku tiom la pulak
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام عيدالفطر المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين
جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم
Post a Comment