Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Esok umat Islam akan menyambut hari raya korban... sedihnya moksu dok di perantauan ni.. tak dapat balik raya bersama ibunda dan keluarga kat kampung... maklumlah negeri orang ni tak sama dengan negeri sendiri... tak dapat cuti, tak macam kat kampung dapat cuti raya 2 hari terus sambung hujung minggu... bestnya... takpalah sabar je...
apapun moksu nak bagi pantun...

LEMBU RESAH MENUNGGU GILIRAN,
KAMBING DI KANDANG TAK LALU MAKAN,
KU HULUR SALAM TANDA INGATAN,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KU UCAPKAN...
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN....

#makan daging tu jangan lupa moksu di sini...

Tuesday, November 9, 2010

Dah graduate...


Tersenyum lebor...

KakNgah turut membuat persembahan...

Bacaan doa dan ayat suci Al-Quran oleh pelajar yang akan di "graduate" kan.

Sabtu baru ni majlis konvokesyen putera moksu... udah besar ye... teruja pulak moksu tengok anak dah graduate... hee.. graduate pra sekolah la... tahun depan insyaallah masuk tahun satu...

Sunday, October 31, 2010

Macam-macam boleh buat ...


Zaman sekarang ni macam-macam boleh buat... sebab tu sebarang gambar tak "valid" untuk dijadikan bukti... dengan sedikit kepandaian je... gambar boleh di"edit" dan macam-macam lagi... so berhati-hati jangan dedahkan atau benarkan sapa-sapa ambik gambar kita terutamanya yang mengaibkan...
#Tapi... kalau buat yang baik takpa la... ni boleh gak tengok gambar kak ngah jadi "bride" he.. he.. sebab nanti nak kahwin memang tak pakai macam ni...

Wednesday, August 18, 2010

Anak-anak membesar...


Moksu tengok lukisan putera sulong moksu... lalu moksu tanya "gambar apa ni long?" lalu dia jawab, "ni tong sampah, ni aisyah, along buang aisyah dalam tong sampah... sebab bau aisyah busuk!". Puteri mencelah.."along la busuk bacin..."
Moksu tersenyum, hai.. macam-macam fe'el kanak-kanak ni...

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Ahlan Wasahlan syahru Ramadhan...
Kedatanganmu dinanti...
Ketiadaanmu dirindui...
Pemergianmu ditangisi...

Selamat menjalani ibadah puasa.

رمضان كريم

Tuesday, August 10, 2010

Cepatnya masa...





Cepat masa berlalu... anak pun dah makin besar... moksu pun tersedar "hai.. dah makin berumur la ye...". Tapi syukur alhamdulillah... Allah bagi zuriat ramai gak... Moksu rasa insaf kejap.. semalam moksu gi menziarah rakan kerja yang suaminya meninggal dunia... takda zuriat... Alhamdulillah walau tak kaya seperti deme... tapi kita kaya anak pun takpa...

Cakap pasal anak ni... moksu masih rasa betapa takut, fobia... bermula ceritanya, moksu bawa anak2 gi jalan kat Angsana... sambil nak tengok kain tudung... entahla begitu pantas puteri moksu ni hilang depan mata... dalam setengah jam gak cari merata-rata, tapi tak jumpa... akhirnya jumpa masa nak gi report kat security guard kat situ... Alhamdulillah... dan moksu berterima kasih pada oarng yang bawa anak moksu ke tempat yang betul tu... bermacam-macam nazar moksu supaya bertemu kembali puteri moksu tu... alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Friday, July 16, 2010

Nasi Goreng cina??



Petang hari minggu, moksu minta ayahsu bawa anak2 pergi bersiar-siar la... dah lama tak keluar.. ayahsu asyik kerja je.. jadi maksu pun berasa kesian kat anak2...

Selepas penat berjalan-jalan kat taman bersama anak2 (biasa la kat JB ni tempat dia gak Danga Bay), berasa lak lapar, petang2 ni rasa malas pulak nak masak, jadi moksu cadangkan ayahsu gi makan kat kedai la, moksu belanja...

Bila sampai kat kedai.. ayahsu order la sirloin steak, chicken chop dan nasi goreng cina... kebetulan putera moksu kata dia lapar nak nasi, jadi moksu suruh dia makan nasi goreng cina. Bila moksu sebut nama nasi tu, dia pandang moksu dan berbisik.." mama boleh ke makan nasi goreng cina... kan cina ni..". jadi moksu nak ketawa...sambil berkata "takpa ni nama je.. bukan cina yang buat... boleh makan".
* gambar from flickr.com