Friday, May 29, 2009

Ultraman vs Raksasa






Punya la minat yang amat sangat putera moksu tu kat ultraman tangan dan mulut asyik gerak je... tak kira sapa jadi mangsa dia (dianggapnya raksasa), habis2 takda, "bear" adiknya jadi mangsa. Kesian "bear adiknya dah jadi lembik...
Hari ni "teacher Min" bagi buku rekod dengan komen... "He is a bit of a dreamer in class..." Hai kuat berangan anak moksu ni, (teringat lak moksu zaman kecik dulu, lebih kurang la kot..hee..)

Friday, May 22, 2009

Happy Teacher's Day




Ada murid malu-malu,
Ada murid macam hantu,
Sakit kepala tergaru-garu,
Apalagi nak buat kat anak muridku?

Bila nak exam lagi la haru,
Bebudak kata don't worry cikgu,
Muka konfiden kononnya tahu,
Tanda peksa apasal takda yang biru?

Sabar je la cikgu...

SELAMAT HARI GURU


(Ehsan dari Kawan Moksu)

Monday, May 18, 2009

Jogging...



Semenjak 2 menjak ni moksu rasa tubuh makin berat lak.. kain dah makin ketat.. banyak baju moksu yang tak selesa nak pakai... rasa macam ketat lak... ish..ish.. tak boleh jadi ni...

Ayahsu lak balik rumah dengan membanggakan diri mengisytiharkan berat badannya dah turun sampai berat ideal... punya moksu bengang... memang la dia senang bergerak bila-bila masa rasa nak jogging pergi je... macam moksu ni ada pengiring dua orang kiri kanan, nak bergerak je.. kena fikir 2 orang ni.. bila rasa nak gi jogging ada lak anak yang demam, tak jadi jogging, gitu rutinnya.

Kebetulan hari Jumaat cuti hari pekerja, maka moksu pun bercadang nak jogging bawa semua sekali pengiring. tak sampai se'round' sikecil moksu dah penat kenalah dokong lak sambil berjogging... itulah menjadi seorang ibu bukan sesenang mata memandang.... Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku... Terima kasih mok! love u...



Selamat Hari Ibu...






Sedar tak sedar udah besar anak teruna Moksu... Bila dah gitu maka sedarlah moksu pun dah makin meningkat umur...(biarpun awek muda). Minggu lepas anak teruna moksu bawa balik kad ucapan yang dibuat sendiri dan menyerahkan kepada moksu... "ini mama kad yang along buat, cantik tak?", Moksu pun 'excited' campur terharu lalu bertanya "Along bagi mama ni?" Anak teruna moksu mengiyakannya... Bila dah tengok kad tu, baru terfikir "mmm... dah besar anak moksu sampai dah boleh buat dan bagi kad kepaada ibu sendiri.

Wednesday, May 13, 2009

Selepas Hilang 100 kalori



Kak Nur keletihan selepas hilang 100 kalori....
(pst..pst.. exercise naik basikal Moksu...)

Saturday, April 11, 2009

Banjir kilat

Sekarang ni cuaca tak menentu kat Johor. Sekejap panas, sekejap hujan lebat, sekejap petir, guruh panah memanah... Perasaan takut moksu bila guruh dan petir beserta angin yang semacam nak puting beliung tu datang... teringat dosa-dosa dan maksiat yang berlaku kat Johor ni...
Apabila turun hujan lebat, maka banjir kilat pun berlaku... terutamanya depan bangunan TNB JB dekat rumah moksu tinggal dulu. Tapi yang peliknya orang kita tak sebagus "foreigner" dalam menghulur bantuan.. orang kita lebih suka memerhati je.
Kelihatan dalam gambar tiga orang India bangla yang kebetulan kerja kat "car wash" berdekatan menolong mengeluarkan ornag yang berada dalam kereta yang hampir dihanyutkan air deras... Moksu masih ingat mereka ni la yang tolong kereta moksu yang masuk longkang dulu... Syukran Jazilan a'la musaa'datikum...

Cake Along vs cake mama

Hari Khamis lepas sekolah putera moksu buat "shopping trip" ke Giant Pelangi sempena tema pembelajaran mereka "Food". Keesokannya teachers memasak bahan-bahan yang dibeli semalam untuk students mereka. Kebetulan pulak hari tu anak murid moksu buat hari jadi kat sekolah, jadi anak murid moksu tu bagi sepotong kek kat moksu.
Dalam perjalanan balik sekolah tu putera moksu dok cerita la "hari ni teachers along buat cake, sedap sangat... teacher min bagi pada along satu".. "mama pun ada kek, anak murid mama bagi, cuba la along makan".. "tak best la cake mama, cake along lagi best".. Moksu pun terkejut gak sebab moksu dah try sikit kek tu masa kat sekolah, rasanya sedap la gak lembut lagi, siap ada icingnya... "mana mama rasa kek along?" ... "Ya Allah, tak sedap langsung kek along, keras lak tu, pahit pun ada... ini ke sedapnya? takla kek mama lagi best la..." "tak... cake along best...". A.su nyampuk sambil ketawa, "Along mestilah backing sekolah dia..."
Begitu sayang puteraku pada kek keras tu sampai hari ni ada dalam peti ais, dia makan sikit-sikit. Puteraku begitu teruja dan siap memberi gambaran tentang keknya, "mama, cake along ada kacang dalamnya, best...". Ini la rupa keknya...




*"Cake" sebutan putera yang ala orang putih...