Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Sekolah





Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2009 bagi negeri yang cuti hari Ahad. Hari ini juga hari pertama bagi putera sulongku bersekolah, dan moksu telah daftarkan ke sekolah baru kerana sekolah dulu hanya untuk penjagaan sahaja. Putera moksu akan memasuki umur 5 tahun, jadi moksu bertanggungjawab untuk memberi pendidikan awal untuknya disamping membiasakannya dengan suasana sekolah. Putera dan puteri moksu ditempatkan di sekolah yang sama tapi kelas lain-lain (mengikut umur).
Pagi-pagi lagi moksu menghantar putera dan puteri moksu, biasalah putera moksu tak nangis tak sah....
Pada pukul 2.30 petang, semasa moksu nak mengambil mereka, "teacher" mereka memberitahu pagi tadi puteraku takda dalam kelas, mereka tertanya-tanya "where is Zikry, is he absent today?... but his sister is here...". Rupa-rupanya puteraku ada kat sebelah adiknya tengah makan biskut... "teacher"nya tanya mereka "close" ya? Moksu jawab la dah memang dua beradik tu je, main kat rumah sama, dok nursery dulu pun sama... dah biasa... "headmaster" dia ada cakap sambil ketawa puteraku ni hero... moksu tanya putera "Along buat apa kat sekolah, gaduh ye..?" Puteraku jawab dengan dahi yang berkerut menjadikan keningnya satu,"aa... abang tu dia marah along, along pun marah la jugak..."

6 comments:

Cikli said...

kelasnya mu speaking dgn teacher dia.

mengajar guano loni.

Anonymous said...

ustazah hadhari...he3..kecek pon campur2..ha3...nti lantik kak nor jd guru tusen zikry yer..ha3..guru tusen tido byk...

AFITI said...

salam..heheehe..ore kelate jugok la ni dop...salam kenalan

miorjqaf said...

salam.. :) saya merayap-rayap sampai kat sini.. Ustazah guru jqaf di Johor Bahru ye? Tahniah krn mempunyai blog sendiri. Sekolah mana ya? Izinkan saya add link blog ini ya! :)

MokSU said...

Salam perkenalan juga untuk AFITI.
Terima kasih...

MokSU said...

Salam.Terima kasih kepada ustaz layan blog saya ni... Saya kat SKPJYA... Baru sat pening kepala gi taklimat elaporan jQAF kat STAR1...