Hari Khamis lepas sekolah putera moksu buat "shopping trip" ke Giant Pelangi sempena tema pembelajaran mereka "Food". Keesokannya teachers memasak bahan-bahan yang dibeli semalam untuk students mereka. Kebetulan pulak hari tu anak murid moksu buat hari jadi kat sekolah, jadi anak murid moksu tu bagi sepotong kek kat moksu.
Dalam perjalanan balik sekolah tu putera moksu dok cerita la "hari ni teachers along buat cake, sedap sangat... teacher min bagi pada along satu".. "mama pun ada kek, anak murid mama bagi, cuba la along makan".. "tak best la cake mama, cake along lagi best".. Moksu pun terkejut gak sebab moksu dah try sikit kek tu masa kat sekolah, rasanya sedap la gak lembut lagi, siap ada icingnya... "mana mama rasa kek along?" ... "Ya Allah, tak sedap langsung kek along, keras lak tu, pahit pun ada... ini ke sedapnya? takla kek mama lagi best la..." "tak... cake along best...". A.su nyampuk sambil ketawa, "Along mestilah backing sekolah dia..."
Begitu sayang puteraku pada kek keras tu sampai hari ni ada dalam peti ais, dia makan sikit-sikit. Puteraku begitu teruja dan siap memberi gambaran tentang keknya, "mama, cake along ada kacang dalamnya, best...". Ini la rupa keknya...*"Cake" sebutan putera yang ala orang putih...
2 comments:
Kanak2 memang ikhlas... sbb tu Asyraf jadikan nasi lembik masakan Pok Mudo kegemarannya.
Betul tu moksu...Asyraf sampai loni ingat lagi nasi ko lembik Pok Mudo.
Post a Comment