Saturday, March 21, 2009

"Mad Hatter Day"

Pada hari Sabtu (7 Mac 2009) lalu sekolah putera Moksu telah mengadakan satu hari ibubapa/penjaga belajar bersama-sama anak-anak belajar ianya dipanggil "Mad Hatter Day". Ibubapa dikehendaki membawa "recycle materials" untuk membuat topi bersama anak masing-masing.
Kebetulan pulak Moksu ada program lain hari tu "Majlis Tadarrus Al-Quran dan Aktiviti Maal Hijrah" yang mana Moksu kena jadi hakim pertandingan berzanji. Pastinya Ayahsu yang kena gi bersama anak-anak ke program sekolah tu.

Kesian lak Ayahsu bila Moksu dapat tau yang hari tu yang datang semua kaum ibu... yang bapanya Ayahsu sorang je.. hee...


Biasa la kalau orang pompuan kena bawa barang-barang sendiri mesti nak bawa yang bagus dan lebih daripada orang lain dan dah lupa syarat barang yang disuruh bawak iaitu barang terpakai.. yang mereka bawa kertas warna lip lap yang mahal-mahal belaka... kecuali sorang bapa ni yang memang betul bawak barang terpakai...

Cerita Ayahsu lagi dengan tidak menafikan kekreatifannya...(angkat bakul sikit) walaupun kaum ibu yang bawa barang yang mahal dan cantik tapi tak dapat lawan hasil kaum bapa yang sorang ni buat...hee...

Dalam hati Moksu nasib baik Moksu ada program lain yang tak dapat dielakkan kalau tidak malu gak Moksu sebab Moksu jenis yang tak kreatif dan tak punya "bakat siput" la...

4 comments:

Cikli said...

moksu, cerita tak habis ni.
apa kesudahannya?

Anonymous said...

THE END

CankerSaurus

MokSU said...

bersambung la... tengah shoot lagi... ada beberapa episod lagi
-moksu

pokmudo said...

biasanya kalau hak sambung tak kukuh mana...