Petang selepas balik sekolah, putera sulongku bercerita dengan penuh perasaan dan gayanya...
Putera: "Mama, tadi kat kelas along ada tikus mati, dah tak gerak.. Teacher Min lari takut, kawan-kawan perempuan semua menjerit, along tak takut mama...".
Mama: "Ya ke along tak takut?"
Putera: " Tak, along tak takut... along buat macam ni je... (sambil mengangkat kakinya seperti Ronaldo menyepak bola, disusuli dengan memekan mukanya yang kelakar serta jelingan matanya yang mengingatkan aku pada arwah ayahku ketika bercerita tentang ke"hero"annya berlawan dengan ular semasa pergi menoreh dulu...).
1 comment:
Yang pasti nurun moksu
Post a Comment