Sunday, October 19, 2008

ala open house gitu...

Hari ni sungguh penat... aku buat open house kecik2 je.. panggil kawan2 rapat kat sekolah.. dalam 20 orang. aku masak special punya, masakan kelantan.. iaitu nasi kerabu dan laksam. ketua chef sapa lagi chef afza anak wan normah..

Aku ada panggil pembantu merangkap bibik he..he.. memperkenalkan nobihah anak moklong. aku ada juga cuba buat ketupat palas, tupat tawar tak manis... baru belajar kira ok la walau xda yang puji.. ketua chef aku ni cerewet banyak, kalau puji tu memang best la, memang berbaloi la kembang hidung kita..
Handsome boy... Muhammad Atiq Zikry
Pretty girl... Nur Aisyah Sofea


Pulut ara...

dah jadi ketupat...

kuah laksam...bestnya.. orang Johor pun kata sedap ni.. apapun yang penting ketua chef kata memang best giler...

ini nasi kerabu, terlalu biru sebab guna pewarna.. susah cari bunga nasi kerabu kat sini..

Ini pulak laksam.. ini buatan tangan ketua chef sendiri... no comment...
sambal kelapa nasi kerabu, memang best la... ketua chef kata memang best kira boleh lawan ibu ketua chef sendiri...
inilah hidangan yang sudah hampir habis...
ini ikan celup tepung dan daging bakar... jangan tium lak...

ayam bakar.....
satu set nasi kerabu yang sedang dimakan... harganya RM3.50
anak2 yang menghargai masakan mamanya... sampai aisyah 3x tambah... itu dah second round beb...

Thursday, October 16, 2008

Bilik j-QAF

Udah hampir 2 tahun jadi guru j-QAF ni... banyak cabarannya... tapi walaupun sekolahku kecil tapi j-QAF dapat bilik besar berbanding sekolah kawanku yang besar tapi bilik j-QAF kecil macam bilik stor..terima kasih kepada puan guru besar.

di sinilah murid-murid membaca al-Quran, belajar jawi, Bahasa Arab dan solat... berbekalkan modal yang kecik kami guru-guru j-QAF berusaha menghias bilik untuk keselesaan murid-murid.


pintu masuk bilik j-QAF... ahlan wa sahlan...



Sofa subsidi diletak khas untuk pemantau2 yang akan datang untuk pemantauan..



Inilah meja murid-murid ngaji...



BBM Bahasa Arab tentang anggota badan...

Monday, October 6, 2008

makan mee kari sedek

selepas menziarahi makam ayahnda, abe mat lebai menjemput kami semua berhari raya ke rumahnya di sedek. isterinya merangkap kakak ipar dan sepupuku sungguh pandai memasak sama seperti ibu mertuaku...

kami dihidangkan mee kari.. sebenarnya aku tak berehi sangat mee kari, aku suka mee sup tapi orang kata rezeki jangan ditolak.. makan je... alhamdulillah kenyang.

tengah rancak makan dan berbual anak beranak, datang abe sulong yang kejap ada, kejap xda macam biskut chipsmore..cheng..cheng.. abe omar dan anak perempuannya latipah dan ila.. tengok abe omar teringat lak arwah ayahnda yang tercinta...


Senyuman bonda tersayang di aidil fitri.....


MokLong & Pok long dengan pose romantik gituu...


Mok Nun dan Cikgu Shano sedang menikmati mee kari sedek...ermmm yummy yummyy
Tok tengok kiri kanae doh nih...


Anok beranok mok long bergambar bersama nenek...
turut menyepaa di situ, mentang2 lah rumah dia...


Gambar famili pokmuda - Set Ungu


tengah khusuk tengok Flashman...anak sapala niii...

Sunday, October 5, 2008

Eid ul Fitri 2008

Seperti biasalaa kannn...raya musti nak balik kampong termasuklah kita, Tahun ni beraya kat rumah kita, so sangat2 happylaa kannn...Rumah mentua pon bukannya jauh noo...5km jer lebih kurang...

Tahun ni ramai yg tak balik sebab semua di perbatasan negara...mcm soljarr laa pulak kan. Jadiknya jimat laa sikit duit raya sebab anak2 buah ramai yang tak balik...bukan kupiks, tapi dah tak ada rezeki deme nak wat mcm mana....

Sebagaimana gholibnya pepagi raya (sebenarnya tengah hari ceng ceng ) kita pegi menziarahi makam ayahnda dan sedara mara.

pokMUDA dengan sarbam besarnya mengetuai bacaan tahlil
di pusara ayahnda terchenta.Ala-ala imam besar gituu...


Antara putera2 MokLong&PokLong, hensem dan berjurus gituuu...
Anak dara Cik sah sedang menjirus air ke pusara Arwah Tok Cek.
Nampaknya ayoh cik sedang mengcontrol hensem....


Bonda terchenta bersama anak2, menantu dan cucu2nya.